Monday, March 7, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016

Duit syiling ini dikeluarkan sempena Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016. Kejohanan ini dilangsungkan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Duit Syiling Peringatan Sempena Songket Seni Warisan Agung

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Songket Seni Warisan Agung yang di telah ilhamkan oleh Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas Muzium Negara

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) ke-30

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-30 Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB).

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke-10

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Kuala Lumpur sebagai bandaraya pertama yang menjadi tua rumah Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia buat kali kedua. Sebelum ini, Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke-3 pada tahun 1975.

Sunday, March 6, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulans Malaysia

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulans Malaysia, ditubuhkan untuk mengajar dan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas. St. John Ambulans Malaysia merupakan organisasi sukarela, memberikan perkhidmatan pertolongan cemas dan perawatan di rumah kepada mereka yang memerlukan.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-75 Taman Negara

Duit syiling ini dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-75 Taman Negara. Taman Negara ialah taman yang utama di Malaysia. Ia merupakan taman yang pertama dan terbesar di negara ini dengan keluasan melebihi 4,343 kilometer persegi hutan hujan yang sangat tua merentas tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

Duit syiling ini dikeluarkan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Pada 11 April 2012, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah telah dinobatkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah menjadi tunggak utama pertahanan udara negara, telah ditubuhkan secara rasminya pada 2 Jun 1958.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-80 Angkatan Tentera Malaysia

Duit syiling ini dikeluarkan untuk memperingati perkembangan yag telah dilalui Angkatan Tentera Malaysia selama lapan dekad untuk menjadi sebuah Angkatan Tentera serba lengkap dan canggih, yang mengingatkan kita akan pengorbanan, usaha dan legasi para pahlawan negara yang terdahulu.

Friday, March 4, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan medalion peringatan sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor pada 23 Mac 2015.

Wednesday, March 2, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2015

Duit Syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN. ASEAN 2015 ini adalah sangat bermakna kerana ia merintis kepada penubuhan Komuniti ASEAN, yang merupakan pencapaian penting kearah merealisasikan wawasan bersama ASEAN untuk mewujudkan ASEAN menzahirkan semangat kekitaan yang teguh dan ikatan hubungan yang erat antara 10 buah negara anggota ASEAN dan juga penduduk-penduduknya.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Masjid Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan dan melancarkan duit syiling peringatan pada 27 Ogos 2015 sempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas (50 tahun) Masjid Negara 2015/1436H, Reka bentuk duit syiling ini menggambarkan kesatuan, kejituan dan kekukuhan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...