Tuesday, May 17, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Sabah

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada 10 Mei 1966. Matlamat utama Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi rakyat Malaysia di Sabah.

Friday, May 13, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Radio Televisyen Malaysia (RTM) 70 Tahun

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Radio Televisyen Malaysia (RTM) 70 Tahun. RTM, sepertimana yang dikenali sekarang, merupakan penggabungan kedua-dua siaran radio dan televisyen pada tahun 1969. Sepanjang dekad-dekad yang lalu, RTM terus maju daam bidang penyiaran, terutamannya apabila siaran televisyen berwarna diperkenalkan (daripada hitam putih) pada tahun 1978. Siara radio dan televisyen RTM kini boleh diikuti melalui platform media konvensional dan baharu. RTM terus memainkan peranan penting sebagai penyiar rasmi negara dengan menyiarkan dan mengembangkan program berkualiti selaras dengan dasar dan aspirasi negara. RTM terus komited dalam memenuhi cita rasa pendengar dan penontonnya daipada segenap lapisn masyarakat.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia.

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-21 Kuala Lumpur

Duit syiling ini dikeluarkan sempena Sukan SEA Ke-21 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8-17 September 2001.

Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2003

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) pertama kali diadakan pada tahun 1991 untuk mempamerkan kecanggihan dan kemajuan arena peralatan dan sistem industri udara dan maritim. LIMA 2003 adalah merupakan pameran yang ke tujuh dan ia telah merealisasikan kejayaan dalam perkongsian dan juga pemindahan teknologi yang berkesan antara peneraju utama industri udara global dan rakan sejawat mereka di Malaysia. LIMA menggabungkan kehebatan pameran udara dan maritim yang terus berkembang secagai acara ulung di Lingkaran Asia Pasifik.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-75 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-75 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). TLDM telah mencapai kemajuan yang besar sejak penubuhannya pada tahun 1934 sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. TLDM, yang pada mulannya menggunakan kapal-kapal kayu yang dihadihkan oleh Kerajaan Britain, kini telah berjaya melalui transformasi untuk menjadi sebuah kuasa yang disegani, serta dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih.

Duit Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM dikenail bermula dengan penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967.

Duit Syiling Peringatan Sempena Perayaan Hari Malaysia Ke-50 Tahun

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Perayaan Hari Malaysia Ke-50 Tahun. Kini Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak.

Duit Syiling Peringatan Sempena 100 Tahun Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati 100 Tahun Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan) negara.

Duit Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati 50 Tahun Kemerdekan negara pada tahun 1957.

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 26 Januari 1959. Duit syiling ini dikeluarkan sebagai memperingati sumbangan Bank Negara Malaysia kepada pembangunan negara sepanjang setengah abad.

Duit Syiling Peringatan Sempena 200 Tahun Penubuhan Pasukan Polis

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Ulang Tahun ke-200 Jubli Emas Penubuhan Pasukan Polis pada tahun 1807.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...