Friday, May 13, 2016

Duit Syiling Peringatan Sempena Radio Televisyen Malaysia (RTM) 70 Tahun

Duit syiling ini dikeluarkan sempena memperingati Radio Televisyen Malaysia (RTM) 70 Tahun. RTM, sepertimana yang dikenali sekarang, merupakan penggabungan kedua-dua siaran radio dan televisyen pada tahun 1969. Sepanjang dekad-dekad yang lalu, RTM terus maju daam bidang penyiaran, terutamannya apabila siaran televisyen berwarna diperkenalkan (daripada hitam putih) pada tahun 1978. Siara radio dan televisyen RTM kini boleh diikuti melalui platform media konvensional dan baharu. RTM terus memainkan peranan penting sebagai penyiar rasmi negara dengan menyiarkan dan mengembangkan program berkualiti selaras dengan dasar dan aspirasi negara. RTM terus komited dalam memenuhi cita rasa pendengar dan penontonnya daipada segenap lapisn masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...